Monday, 19 May 2014

14 MAY 2014

14.05.2014


Penat tak hilang lagi.. Tetapi rezeki tak boleh ditolak.. kali nie tempahan cupcake dari cousin farah Myra Atihira buat kejutan Rakan2 Birthday nya..  kek coklat moise juga menjadi piliha. Kali nie dgn simple design dan tak la serabut2 sgt.. jom terjah








13 MAY 2014

13.05.2014


Assalamualikum, penat semalam tak hilang lagi.. tapi tetap gagahkan diri untuk siapkan cake istimewa buat mak tersayang Fatimah Ali. Walaupun dah lewat tetapi tetap sediahkan kek buat mak.. sedih tak dapat sambut bersama cuma kek dapat ku kirimkan.. Selamat Ulang TAhun KElahiran MAk..


MAk suka kek yam.. Buat dengan penuh kasih sayang.. Tapi tak boleh nak buat selalu sbabnya mak ada kencing manis, so makan semua kena control.. Ingat lagi klu dulu2 mak suka makan coklat. Asal farah p jaln mana2 mesti belikan mak coklat.. Tp skg dah tak beli lagi..Takut Bacaan Gula dalam badan naik la pula.. Risau plak kesihatan mak nnt..


Dalam masa yg sama nie merupakan cupcake tempahan dari anak shaklee farah.. Dah tue ari tertinggal kat kk kali nie pasti ingat.. Tercapai gak hajat anak shaklee farah nak makan cupcake coklat..



Nie pula tempahan dari kwn adik.. Baru teringat yg farah tak tulis wording yg diminta.. huhu maaf atas kecuaian farah yer.. semoga kelazatan oreo cheese menutupi segala2nya.. hehheh lebih2 la pula.. 

Ada yg berminta Oreo Cheese blh la oder dgn farah yer 019-8978545

12 MAY 2014

12.05.2014


Tempahan sempena Hari JUrurawat dan juga Hari ibu.. DItempah khas dari zawiyah buat ibu tersayang berada d kota kinabalu.. kek coklat menjadi pilihan zawiyah.. Penat gak berfikir nak buat gajet mcm mana yg sessuai yer.. 2 in 1 dalam masa sama bertemakan hari ibu dan dalam masa yg sama bertemakan hari jururawat.. Nasib la kali nie ada adik bongsu yg meneman dan memberikan idea..  dia la yg selalu membantu farah sekiranya terdapat tempahan yg terlalu banyak.. nak harapkan tangan farah yg dua nie, tak tersiaplah tempahan2 yg beratus2 tue.. 

Alhamdullilah nie la mata pencarian farah.. Nak kata amatur tak la..farah nie baru jer belajar.. semuanya belajar melalui online. NAk p kelas mahal.. Insyaallah ada rezeki menanti Farah.





Nie la hasilnya.. simple tapi menarik bagi diri Ku

Thursday, 15 May 2014

11 MAY 2014

11.05.2014


Tempahan diterima sempena sambutan Hari Ibu yg dibuat oleh nursery Kiddy World. Kali nie farah terima tempahan dari regular cust farah yg mmg support dari sulu lg..dari deco farah simple2 smapi la deco yg mcm nie.. Penambabaikan deco kek or cupcake farah semuanya dari sokongan Jacq. Jacq banyak memberi semangat kat farah walaupun rasa tak nak terima tempahan sbb tak yakin blh buat.. akhirnya benar la kata pepatah Practice Make Perfect.. dan memberi keyakinan kepada farah untuk menerima tempahan2 lain. 

Cupcake utk diberikan kepada setiap ibu bapa pelajar sebagai kejutan dari guru-guru. TAk lupa juga kepada Dorrie dan jen yg sama menyokong farah. Nak tgo hasil yg telah farah buat.. 

CupCake Rakan2 Jacq Buat Ibu tersayang



Love Mom



Cupcake Bertema Barang2 Wanita spt makeup dan kasut

Gift Buat Ibu Bapa dari Guru-Guru

Cupcake Jen buat Ibu tersayang

10 MAY 2014

10.05.2014


Semalam dah siapkan tempahan kek ke kota belud, ulang alik ke kota belud ke Kota kinabalu mmg memenatkan. Tetapi tetap gagahkan diri untuk menyiapkan tempahan keesok harinya iaitu 10.05.2014. Semuanya untk cust ku yg tersayang.. 

Cupcake kali nie di tempah khas oleh kak Zu kenalan FB farah.. Kak Zu nie banyak dah support farah dari start mula2 Biz hingga la skg. Tempahan nie khas untuk hari ulangtahun perkahwinan Kak Zu dan Suami. Farah doakan semoga kekal bahagia hingga keakhirnya.. Cupcaka yg diminta iaitu kek coklat moise..



Happy Anniversary Kak Zu


09 MAY 2014

09.05.2014

Kali nie tempahan farah nak terbang ke Kota Belud jer.. sanggup ambil cuti sbb nak hantar tempahan dan sekali gus nak coaching anak shaklee.. tidak rugi saya meluahkan masa utk anak shaklee saya.. farah bantu agar mereka dapar membangunkan taraf keluarga agar berjaya atas titik pelu sndiri. 

yang sedihnya, didalam mengejar masa nak ke kota belud, tempahan cupcake anak shaklee farah tinggal kat dalm peti ais rumah kk.. huhuh sedih sgt atas kecuaian yg farah lakukan.. cian anak shaklee farah sbb nak sambut birthday ayahnya.. Nasib baik la apam dot..dot..dot.. dan oreo cheese cake anak shaklee farah tak lupa...




OREO CHEESE CAKE CHILLED

APAM DOT..DOT.. TP KAT HUJUNG2 HEHEH


Kek bertemakan lego, tempahan dari rakan sekolah farah khas untuk adiknya.. pening juga la memikirkan mcm mana nak buat.. akhirnya bergurukan en.google akhirnya nie la hasil yg telah siap.. simple sangat..dan yg penting nampak juga ka kartun lego tue.. heheh




Yam Cake

08 MAY 2014

08.05.2014

Syukur alhamdullillah, rezeki menghampiri farah.. syukur atas mu ya Allah.. engkau tau akan kesusahan yg kuhadapi.. Kali nie tempahan diterima oleh makc farah yg berasa kat Likas. Tempahan dibuat untuk menyambut ulang tahun kelahiran rakan guru mereka.. Dan tak silap bulan terakhir berkhidmat sebagai seorang guru.. Disebabkan ganguan letrik yg farah hadapi kat rumah pada malam 07.05.2014 kek farah hanya dapat setakat nie jer.. tak sempat nak deco2 luar biasa..



Simple deco dan merupakan kek Red Valvet menjadi Pilihan.. Sejak seminggu dua nie selalu sangat ganguan letrik... so bagi mengelakkan mslah spt nie terjadi, diharap boleh la menempah seminggu awal dari tarikh yg dikehendai..


Tuesday, 6 May 2014

CupCake..cupcake..cupcake..

06.05.2014

Cupcake untuk pagi nie.. mencabar sungguh nak buat kan cuppy nie.. bukan sebab deco tue rumit ker tak..tp disebabkan tiada letrik sehingga la 8 malam menyebabkan semua yg dirancang terbantut.. huhuh nasib baik la sempat juga siapkan tempahan utk Jacq.. Maaf la yer jacq tak berapa nak kemas sgt..

Cupcake seperti biasa yg ditempah iaitu cheese cupcake.. Nie la hasilnya :)




Monday, 5 May 2014

Tempahan Bulan May 2014

03.05.2014

Alhamdullillah.. bulan may farah terima banyak sangat tempahan utk cupcake.. Rezeki farah betul2 melimpah2 bulan nie.. Syukur atas rezeki yg dikurniakan - Nya.. MAklumla bulan mei bulan ramai kwn2 sambut Hari Ibu.. Walaupun bagi farah HAri-Hari, Hari Ibu.. Ramai rakan2 nak buat suprise utk mereka yg tersayang.. :)

Jadual betul2 padat utk bulan nie.. mana lg dengan Shaklee Farah.. Dengan kek dan cupcake yg perlu disiapkan tepat pada masanya.. Terima kasih rakan2 yg banyak membantu farah dlam menjayakan Biz bakery farah.. Buat kat rumah pun dah tak cukup tangan dan masa...ini kan lagi klu la farah dah buka kedai bakery.. heheh Angan2 jer la yer.. Tp tak salah angan2.. 

Nie Cuppy yg ditempah oleh kwn kepada JAcq my Regular customer.. for birthday girl dan welcome to new baby...


Abaikan la semak2 kat belakang tue yer.. heeheh akhirnya tetap juga siap walaupun mempunyai masalah teknikal sedikit pada deco princess strawberry. First time buat transfer pic ke kek.. tak per org kata ..


Pasti lepas nie akan bertambah2 kemas dan saya tetap nak usaha perbaiki kelemahan yg ada.. Dapat permintaan cust nak deco princess.. farah dah tolak siap2 sbb tak nak nnt anak cust kecewa kalu tak kemas seperti yg dia nak.. dah pujuk punya pujuk cust tetap gak nak farah yg buat, dgn berat hati dan risau sgt2 farah tetap terima juga sbb tak nak kecewa kan cust.. Tgo nie la hasilnya tak berapa nak menyerlah..minta maaf sgt2 kat cut..but lain pula jadinya.. anak cust farah suka sgt dgn deco yg diterima.. dan malam2 farah dah boleh tidur dengan lena.. heheh TQ so much 




Cupcake for new baby boy.. semoga sihat dan memberikan kesenangan kepada keluarga.. Amin