22 Nov 2014
Hai, farah ada buat projek baru skg nie.. nak kata baru tak la juga tp baru bagi farah dan maybe dah biasa sgt bagi mereka kat luar sana.. Projek terbaru farah iaitu Fruits Tart, terasa kat tekak nie dgn kesegaran buah2an. Buah yg biasa farah guna mcm biasa pasti ada anggur, kiwi, strawberry, dan orange mini.
Bagi farah yg tak biasa nie, mula2 mmg rumit dan perlu masa juga la nak buat pastri tart. Buat tebal sgt tak sesuai juga tp klu buat nipis cepat pula pecah.. cabaran sungguh.
Resepi tart yg farah gunakan iaitu rujukan dari buku resepi 'Rasa' tak ingat keluaran bulan berapa.. Tart bagi farah sgt2 mememnuhi cita rasa farah.
Resepi Pastri Tart :
170 gm Butter
60 gm Aising sugar (Farah kurangkan bg 50g jer, tak minat manis2)
290 gm Tepung Gandum
1 biji telur gred B
sedikit Essen Vanilla
Cara-cara :
1. Gaul butter dgn gula sehingga sebati
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
3. MAsukkan telur, (kacau sedikit dahulu + Essen Vanilla)
4. Akhir sekali, farah sejukkan dlm peti sebelum digunakan utk membuat pastri tart.
5. Bakar pada suhu 170c selama 10-15 minit, atau sehingga masak.
Filling :
1. Coklat Ganache
>> Farah ikut resepi Kak Ita@MasamManis
2. Cheese Cream
>> Putar jer cream cheese dgn aising gula dan sedikit lemon jus
3. Kastard, merupakan yg leceh bagi farah tp sedap tau,
- 1 cup susu,3 Tbsp tepung kastad,3 Tbsp aising sugar,1tsp esen vanilla dan 1 tbsp butter.
- Gaul sebati bahan diatas kecuali butter
- Masak dlm api yg sederhana, apabila nampak semakin memekat matikan api dan kacau laju2. Jgn stop kacau tau semasa kastard nak pekat nnt terbakar la pula krim kastad.
- Masukkan butter dan kacau sebati, bertujuan kastard kita nampak berkilat.
- Last sejukkan sebentar dan blh la siap utk pipping dlm pastry tart
- Pastikan krim kastard tidak terlalu pekat @ keras..heheh pengalaman mengajar kita..
- Dah Siap kita hias la dgn buah-buahan
Nie la hasilnya... walaupun cubaan pertama tp sedapnya la bagi tekak Farah smpai tak sedar berapa dah masuk mulut nie..heheh
No comments:
Post a Comment