Assalam, kali nie farah terima tempahan dari rakan sekolah.. cupcake khas buat adiknya yg akan bertunang pada 29.11.2014. Tema colour yg diberi Pink dan Krim.. dan bertemakan bunga-bunga yg mekar dan berseri.. heheheh
Kek merupakan cheese cake snow dan deco adalah daripada gumpaste.. Ambil masa juga la nak siapkan kuntuman2 bunga yg comel molek nie.. sebab tue setiap tempahan, lebih-lebih lagi tempahan cupcake or kek kahwin farah nak minta mereka konfirmkan 2 minggu awal dari tarikh yg dikehendaki. Klu last2 minit mohon maaf la farah nak terima sbb akan pasti hasilnya takkan memuaskan. Ini kerana gumpaste memerlukan masa utk betul2 kering. dan hasilnya pun pasti memuaskan hati.. Insyaallah
Nie la hasil Cupcake Tunang yg farah telah buat..
Terima kasih pada rakan sekolah farah Ekma or NoorEkma kerana memberi kepercayaan membuat cupcake utk hari special..
No comments:
Post a Comment