Tuesday, 1 November 2016

Wedding Cake 2016

Alhamdullillah, ramai dah mula memberi kepercayaan kepada farah untuk menyiapkan kek mereka 
Semoga tahun ini memberi lebih rezeki kepada farah sekeluarga.. 

 


Cerita tentang kek nie, nak tekankan kenapa kek farah mahal.. Rata2 ramai yg terkejut bila mendengar harga yg dinyatakan. Bukan apa, cuba bayang kan klu dah beli bahan2 untuk kek kahwin jer dah hampir mencecah ratusan ringgit.. dgn tenaga upah berjaga untuk siapkan deco kek semua itu memerlukan ketelitian dan pemerhatian yg cukup agar kek yg dihasilkan menepati citarasa tuan empunya kek.. Bahan2 yg biasa digunakan pun mestilah berkualiti, klu nak murah pun boleh tp semua bahan kita tukar bahan bujet rendah la.. agak2 la berapa la harga wedding kek yg sepatutnya.. Tenaga otak dan fizikal yg digunakan harus la berbaloi...
 



Yang nie pula adalah kek fondant.. nak tercekik mak klu first time dengar harga fondant cake.. tp sejak2 dah buat kek fondant nie baru la sedar kenapa kek jenis nie mahal tersangat2.. dengan rumitnya menyiapkan deco serta masa yg hampir seharian nak siapkan deco spt nie.. kekadang juga blh smpai 2 hari nak siapkan deco spt nie.. Harga bahan2nya pun nak terkeluar biji mata tgo heheh.. acah2 jer tak la smpai biji mata farah keluar. Tp harga betul2 mahal tak main2 tau.. Dan finally kek siap baru terasa dunia seperti menyinar2 kehidupan.. bukan senang tau nak siapkan kek nie. dah la 4 tingkat nak memastikan kekal mcm tue bukan la perkara yg mudah.. lega juga akhirnya cust berpuas hati dgn kek yg diterima.

Apa2 pun kek telah selesai dan baru la farah terasa aman sikit nak bernafasnya,.. 

Selamat Hari Raya Aidilftri 2016

Assalammualikum semua..  farah ucapkan selamat menyambut lembaran disamping keluarga tersayang.. Buat pertama kalinya farah menyambut raya tanpa nenek tersayang.. kehilangan nenek membuatkan raya kali ini betul2 kosong sekosong kosongnya.. tp buat anak2 tersayang farah usahakan agar mereka menyambut raya kali ini dengan gembira.


Monday, 4 April 2016

Sedar tak sedar dah Masuk Bulan April..

Assalammualikum pembuka bicara..

PEjam celik pejam celik sedar tak sedar dah masuk bulan april.. tak lama lagi dah nak puasa.. farah tak ganti lg nie..nak kena ganti cepat2 tak pasal2 kena byr fyidiah.. Tahun nie farah dah tak dpt sambut hari raya bersama nenek kesayangan farah.. nenek baru jer meninggalkan kami tanggal 18hb Mac 2016.. betul2 rasa kehilangan tempat farah bermanja dan melepaskan rindu.. Ingatkan tahun nie dah rancang nak sambut raya bersama nenek kat kg tetapi perancangan Allah tiada siapa yg dapat menjangkakannya.. baru berapa minggu berlalu rasanya mcm semalam baru berjumpa dengan nenek.. Ya Allah engaku kuatkan la hati ku ini utk terima kenyataan ini.. dan terima kasih juga ya Allah engkau sempat menemukan ku dgn nenek. Tanggal 12 - 14hb saya sempat melawat dan menghabiskan masa bersama nenek. kebetulan cuti sekolah bawa la anak2 serta suami melawat nenek tp keadaan tak mengizinkan ku utk berada d kg utk tempoh yg lama.. 14hb tghahri kami dah bertolak utk balik ke kk bagi memulakan rutin harian ku berkerja. Baru 3 hari meninggalkan nenek d kampung tetiba mendapat khabaran bahawa nenek sakit tengkuk dan tak lama lepas tue mendapat panggilan telefon yg membuat ku terpana dan kaku hingga tak tau untuk mengatakan apa2.. nenek ku telah pergi meninggalkan kami utk selama-lamanya.. Nenek yg ku sayangi yg sentiasa memanjakan diri ku.. memasakakn makan kegemaran ku serta risau akan diriku tak mungkin dpt kulupakan... hanya doa yg dapat ku kirimkan setiap kali selesai solat dan setiap kali teringat akan dirinya.. Along rindu nenek sangat... sangat....

Al Fatihah buat nenek...