PEjam celik pejam celik sedar tak sedar dah masuk bulan april.. tak lama lagi dah nak puasa.. farah tak ganti lg nie..nak kena ganti cepat2 tak pasal2 kena byr fyidiah.. Tahun nie farah dah tak dpt sambut hari raya bersama nenek kesayangan farah.. nenek baru jer meninggalkan kami tanggal 18hb Mac 2016.. betul2 rasa kehilangan tempat farah bermanja dan melepaskan rindu.. Ingatkan tahun nie dah rancang nak sambut raya bersama nenek kat kg tetapi perancangan Allah tiada siapa yg dapat menjangkakannya.. baru berapa minggu berlalu rasanya mcm semalam baru berjumpa dengan nenek.. Ya Allah engaku kuatkan la hati ku ini utk terima kenyataan ini.. dan terima kasih juga ya Allah engkau sempat menemukan ku dgn nenek. Tanggal 12 - 14hb saya sempat melawat dan menghabiskan masa bersama nenek. kebetulan cuti sekolah bawa la anak2 serta suami melawat nenek tp keadaan tak mengizinkan ku utk berada d kg utk tempoh yg lama.. 14hb tghahri kami dah bertolak utk balik ke kk bagi memulakan rutin harian ku berkerja. Baru 3 hari meninggalkan nenek d kampung tetiba mendapat khabaran bahawa nenek sakit tengkuk dan tak lama lepas tue mendapat panggilan telefon yg membuat ku terpana dan kaku hingga tak tau untuk mengatakan apa2.. nenek ku telah pergi meninggalkan kami utk selama-lamanya.. Nenek yg ku sayangi yg sentiasa memanjakan diri ku.. memasakakn makan kegemaran ku serta risau akan diriku tak mungkin dpt kulupakan... hanya doa yg dapat ku kirimkan setiap kali selesai solat dan setiap kali teringat akan dirinya.. Along rindu nenek sangat... sangat....
Al Fatihah buat nenek...
No comments:
Post a Comment