Monday, 22 December 2014

Minggu Busy

As salam Semua..


Minggu nie betul2 minggu bz bagi mommy.. Al maklumla dah nak dekat2 perayaan krismas nie banyk oder yg nak disiapkan.. Alhamdullillah rezeki anak-anak.. Mommy sibuk dengan persiapan Goodies, cake, muffin dan cupcake.. 

Mommy sibuk hingga nak update blog pun tak sempat.. klu blog nie nak buka nak cerita2 lagi, so nak ambil masa utk update blog nie cukup2 buat mommy berfikir panjang.. klu nak mengadap PC nak juga sehari baru selesai... Disebabkan rindukan bolg mommy yg dah lama mommy tak jengguk, mommy curi2 juga la masa nak buka blog skg nie.. heheheh harap semua sihat2 yer.. buat la perkara yg buat kita semua happy dan senang hati.. mcm mommy klu tension jer masak la jawabnya.. Oppps, yg susahnya klu mommy dah masak tak ada siapa pula nak makan.. huhuh Apa lagi mommy paksa la suami tersayang utk habiskan juga..hahah kejam kan mommy.. 

Jom jenguk2 acara mommy 2 minggu lalu hingga la sekarang..





Nie Oder diterima dari Senior Mommy.. Goodies utk majlis krismas mereka kat Hospital Queen Elizabeth I.. Mula2 tue ingat tak sempat nak siap..bayangkan la nak siapkan 300 Set Goodies dgn hanya sendiri jer yg siapkan.. bukan ada pembantu pun..klu ada pun minta tlg suami utk pack2 kan dalm palstik.. Alhamdullillah siap juga akhirnya pada masa yg ditetapkan... Syukur Allah permudahkan segalanya..





Kek Pertama bertemakan Drum dan deco full fondant.. rumit juga la nak siapkan deco drum nie.. mula2 tgo mcm sennag jer nak buat..sekali dah buat berpeluh2 juga la mommy nak siapkan.. Tempahan diterima dari MIss Clarina dan kek ke-2 merupakan repeat oder cuma kali nie bertemakan doraemon dan deco sepenuhnya fresh cream.. Kek pertama merupakan kek coklat mosit dan kek ke-2 merupakan kek yam..




Kek  kat atas ditempah dari adik sendiri.. Nak deco romatik2, peningnya la kepala nak cari tema mcm tue.. akhirnya keluar la deco sebegini rupa.. Harap2 la memuaskan hati adik..






Kek bertemakan Race Car, deco daripada fondant dan edible pic.. MOist Choc Cake with Full Cream Cheese Frosting.. 



Selain Apam, CAke dan Cupcake, mommy juga ada buat Muffin.. tp risau juga la ada yg tak biasa makan or mcm mana.. sbb muffin nie kat atas dia rasa keras2 mcm berkerak2 tp kat dalam dia lembut dan moist.. Tak pasti sgt peneriimaan kepada muffin mommy.. Nak siapkan muffin nie senang jer tak perlu pakai mesin mixer bagi mereka yg tak ada..kacau sebati dan bakar dah siap..heheheh Penat juga la klu nak siapkan 400pcs.. 




 







Okey dah cuci2 mata tgo cerita minggu nie.. Kebanyakkanya oder Apam dot2.. Nak buat sendiri blh la rujuk entry sebelum nie..Mommy ada share yer.. klu malas2 nak buat p jer oder kat sesiapa.. heheh lg senang masuk mulut terus.. Okey jumpa lagi entery akan datang..

Tuesday, 9 December 2014

Suka Suka

03 Dis 2014

Assalam, klu dah biasa hari2 buat kek or cupcake, sehari tak buat dah rasa bosan.. tue terasa time rajin jer la..klu tak rajin baik la saya tidur jer..hahah Farah memang suka tidur..

Kali nie FArah buat kek Ice Cream buat anak2 dan suami tersayang. Lama dah tak buatkan kek utk mereka, asyik buatkan tempahan orang jer kan.. Kek ice cream nie senang jer, rasa malas nak buat ice cream beli jer kat luar ice cream ready eat..heheh 

Farah malas so beli la ice cream yg dah ready.. CAranya sangat sangat la mudah.. MUla2 kita buat base dia dulu.. (Biksut marrie or oreo or digestives gaul sekali dgn butter yg dah dicairkan.. nak base manis gaul sekali dgn gula aising.. tp farah lebih suka masin2 sikit sbb kek dan ice cream dah manis).

Lepas tue ratakan ice cream atas base biskut. PAstikan guna loyang yg blh buka yer..snang nak kluarkan nnt bila dah beku.. Lepas masukkan dan ratakan ice cream, farah letak span kek dan blh juga ganti dgn apa2 kek ikut kretiviti masing2.. kemudian masukkan dan ratakan lg ice cream dan akhir sekali tutup dgn kek. Masukkan dlm freeze lebih kuurang 4 or 5 jam sehinggan kek betul2 dah keras.. Baru boleh deco menggunakan Whipping cream.. Deco la ikut suka hati.. 

SELAMAT MENCUBA 


KEK ICE CREAM FARAH






Red Velvet CupCake

02 Dis 2014

CupCake tempahan daripada sis Dorrie khas utk birthday Boy.. Disebabkan last minit oder hanya deco2 yg ringkas jer termampu farah lakukan.. But sorry sgt2, birtyhday boy sekali cupcake tema bunga2.. hehehe 

Apa-apa pun terima kasih kat sis dorrie atas tempahan yg dibuat..dan farah bersyukur sis menyukai Red Velvet CupCake yg ditempah.. INsyaallah blh tempah lagi.. heheh rajin blh buat sendiri.. nnt Farah bagi resepi klu nak.. 

Nie la hasil CupCAke yg FArah dah siapkan..

HAPPY BIRTHDAY ISAAC @ DUTT


Setelah selesai menyiapkan tempahan cupcake ada la lebih sikit kat rumah nie.. Apa lagi tak kira 12 tengah malam dah siap ajak husband temankan farah mkn kek.. Sedap sangat2 dgn panas2 fresh dari oven dan makan sekali bersama ice cream, hingga tak ingat melantak tengah malam..hehehe


Nie pula Farah bawa sikit kat office bagi kawan2 makan..cuma tak la letak ice cream sbb tak sesuai.. Nnt cair tak sedap pula mkn..so Farah gantikan la dgn frosting cheese cream.. Alhamdullilah kawan2 menyukainya.. 



Friday, 5 December 2014

Frozen sekali lagi

30 Nov 2014


Sekali lagi frozen menjadi pilihan. Kali nie tempahan diterima daripada Kak Aliza. Kek buat anak2 kak Aliza.. senangnya klu frozen jer semua yer.. tp oleh kerana 1 kek khas utk anak lelaki kak Aliza, penat la memerah otak nak deco mcm mana.. Nie la hasil deco utk anak lelaki kak Aliza.



Kek cheese menjadi pilihan.. deco juga adalah daripada frosting Cheese.. tema rumput2 hijau, serta binatang nak kata kambing biri-biri mcm bukan juga.. asal nampak jer la..heheh 

Kek ke-2 pula merupakan kek coklat durian. Mula-mula risau gak takut kak Aliza dan family tak boleh nak terima.. Tp alhamdullillah dapat juga feedback yg baik dari kak aliza.. smpai semuanya suka dgn kek coklat durian.. lega la hati farah.. Nie la hasilnya, gabungan coklat dan durian betul2 serasi..


Terima kasih juga En. suami kerana membantu farah dalam menulis nama atas kek. Cantik tulisan en.suami.. Boleh bantu lagi lepas nie.. heheh


CupCake Tunang

29 Nov 2014



Assalam, kali nie farah terima tempahan dari rakan sekolah.. cupcake khas buat adiknya yg akan bertunang pada 29.11.2014. Tema colour yg diberi Pink dan Krim.. dan bertemakan bunga-bunga yg mekar dan berseri.. heheheh



Kek merupakan cheese cake snow dan deco adalah daripada gumpaste.. Ambil masa juga la nak siapkan kuntuman2 bunga yg comel molek nie.. sebab tue setiap tempahan, lebih-lebih lagi tempahan cupcake or kek kahwin farah nak minta mereka konfirmkan 2 minggu awal dari tarikh yg dikehendaki. Klu last2 minit mohon maaf la farah nak terima sbb akan pasti hasilnya takkan memuaskan. Ini kerana gumpaste memerlukan masa utk betul2 kering. dan hasilnya pun pasti memuaskan hati.. Insyaallah




Nie la hasil Cupcake Tunang yg farah telah buat..














Terima kasih pada rakan sekolah farah Ekma or NoorEkma kerana memberi kepercayaan membuat cupcake utk hari special.. 

Tuesday, 2 December 2014

Apam Oh Apam

As salam semua, kali nie farah buat apam lg.. Syukur dimurahkan rezeki. Tapi kali ni farah nak share resepi yg farah gunakan utk buat apam cute miut nie.. Tak salah share resepi, resepi nie pun farah ambil dari resepi kak Ita, sedap sgt apam gebu2 gitu..



Jom intai resepi dari Kak Ita...


APAM DOT DOT
Credit : Kak Ita
www.azlitamasammanis.com

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
110 gm gula halus atau gula kastor
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur saiz A
1 sudu teh ovellete
1/2 sudu teh esen vanilla

filling
Blueberry / Strawberry / Yam / Coklat dan farah lebih suka coklat dan yam..yummy
Pewarna yg di sukai
Paper cup secukupnya
acuan lompang secukupnya


Cara-cara:



  • Putar telur dan gula hingga kembang
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu (Tepung dan Baking Powder gaul sekali dan kemudian ayak. Farah ayak smpai 3 kali,ikut suka la klu rajin buat tak rajin sekali pun dah cukup..)
  • Kemudian masukkan esen vanilla dan akhir sekali masukkan ovallet
  • Putar sehingga adunan mejadi putih gebu
  • akhir sekali bahagi kepada 3 bahagian dan boleh la colour kan ikut warna yg anda suka..
  • Masukkan setiap warna ke dalam piping bag, farah guna plastik biasa jer, plastik 4 segi.. jimat lg
  • Susun acuan lompang dalam loyang.
  • Letakkan papercup ke dalam lompang bagi memastikan apam kita naik cantik.
  • Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas dan letak filling yg digemari kemudian picit lagi sehingga 3/4 cup penuh.
  • deco la ikut suka dan siap utk di kukus

Penyediaan kukusan, Panaskan kukusan. Balut tutup kukusan dengan towel bersih, farah lebih gemar gunakan kain lampin sbb cepat menyerap dan mengelakkan air kukusan menitis ke atas apam. Pastikan kain lampin yg baru yer bukan kain lampin yg anak tgh gunakan.. huhuh jadi haru la jwbnya.

Pastikan api sederhana panas.
Kukus apam tadi selama 10 - 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
hidangkan ketika panas. Apam nie betul2 gebu tau... Kalau makan depan TV smapi tak sedai dah 1 bekas habis.. heheh









Durian Delight Cake

27 Nov 2014

Assalam semua, kali nie tempahan yg diterima dari Dorrie merupakan kek Durian delight. 

Mula-mula berpusing2 juga la mencari durian, maklumla skg bukan musim durian.. skg nie lagi musim hujan susah sgt la nak jumpa durian. Akhirnya jumpa juga durian kat pasar malam, mahal juga  la tp nak buat mcm mana klu tak beli tak ada la durian delight..hehehe 

Kali nie farah gunakan durian king. Dengan bau dan rasa durian yg kuat pasti menghasilkan kek durian yg sgt2 menyelerakan..