30 Nov 2014
Sekali lagi frozen menjadi pilihan. Kali nie tempahan diterima daripada Kak Aliza. Kek buat anak2 kak Aliza.. senangnya klu frozen jer semua yer.. tp oleh kerana 1 kek khas utk anak lelaki kak Aliza, penat la memerah otak nak deco mcm mana.. Nie la hasil deco utk anak lelaki kak Aliza.
Kek cheese menjadi pilihan.. deco juga adalah daripada frosting Cheese.. tema rumput2 hijau, serta binatang nak kata kambing biri-biri mcm bukan juga.. asal nampak jer la..heheh
Kek ke-2 pula merupakan kek coklat durian. Mula-mula risau gak takut kak Aliza dan family tak boleh nak terima.. Tp alhamdullillah dapat juga feedback yg baik dari kak aliza.. smpai semuanya suka dgn kek coklat durian.. lega la hati farah.. Nie la hasilnya, gabungan coklat dan durian betul2 serasi..
Terima kasih juga En. suami kerana membantu farah dalam menulis nama atas kek. Cantik tulisan en.suami.. Boleh bantu lagi lepas nie.. heheh


No comments:
Post a Comment